Tuesday 20 September 2011

Program Merdeka Raya Peringkat SMK Sungai Choh

Pada hari Khamis 15 September 2011, Berlangsung Program Merdeka Raya dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat SMK Sungai Choh. Acara dimulakan dengan konvoi merdeka oleh pelajar-pelajar sekolah diikuti dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum.Acara ini adalah penutup bagi aktiviti kokurikulum pada tahun 2011 dan pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam aktiviti ko kurikulum pada tahun 2011 diberikan sijil penghargaan. Di samping itu, Majlis Sambutan Hari Raya juga diadakan. Majlis dimeriahkan dengan jamuan raya, demonstrasi masakan yang yang dilakukan oleh guru- guru dan ibubapa. Di antara masakan yang disediakan ialah dodol, wajik, lemang, kuih kapit, tosei, ketupat, ketupat daun palas, rendang, dan juga kuih tat Sungai Choh. Di harap aktiviti ini dapat menjalin kerjasama yang kukuh di antara seluruh warga sekolah dan juga ibu bapa.
Demonstrasi membuat kuih tat Sungai Choh
Wajik durian yang dibuat oleh guru- guru
Pelajar-pelajar sedang berehat di dewan
 Pelajar sedang menunggu upacara penyampaian sijil

No comments:

Post a Comment